![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsIUuAWv6EAATgw54OQ7gk4rIZeEoHJ7hzg-8WN7b4TulHbNde3jLWVjXxVWv4A0HgUz4Pp8ayb4xYQhBEpPcradAFwd8rccohalYP6ufQlLFmStJ5JRpfRXmxs4QycxEnWypqcdSc0XU/s640/p47-1_20180404.jpg)
Pasukan kebangsaan adakan perlawanan persahabatan
April 2, 2018
Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Sebagai persiapan bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah (HBT) bagi Belia ASEAN 2018, Pasukan Bola Sepak Brunei Darussalam hari ini mengadakan pelawanan persahabatan dengan Pasukan Pasudan United di Padang dan Belapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah di Berakas hari ini.
Dalam perlawanan itu pasukan negara beraksi cemerlang apabila berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 6-0.
Sementara itu, selepas perlawanan tersebut, Jurulatih Pasukan Pasundan United, Asef Iskandar menegaskan bahawa sememangnya Pasukan Brunei Darussalam adalah pasukan yang hebat, sambil menambah kata bahawa dia sangat menyukai corak permainan pasukan negara.
Asep juga menjelaskan bahawa perlawanan persahabatan itu adalah merupakan satu penghormatan bagi Pasukan Pasunda dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Negara Brunei Darussalam yang bakal menjadi tuan rumah bagi kejohanan HBT 2018 yang bermula pada 23 April ini.
sumber : Media Permata